A L E E N
about Sweethearts home twitter

footage here


follow me


Thanks : c r e d i t eu


Usrah
Thursday, July 4, 2013 | 11:20 PM | 0 comments


Assalamualaikum wahai antum dan antunna semua feeling arab gituuuhahahahahaha . Harini ana nak cerita pasal usrah pagi tadi . Apa itu usrah ? Cuba tengok dekat gambar atas tu , itulah usrah . Tapi usrah bukan hanya untuk gegirl-2 sahaja tapi untuk boboi-2 pun bolehh :D mesti best kalau blog boleh letak emoticon macam dekat pesbukkk . Dan dekat bawah ni ada definisi usrah yang ringkas tapi sangat mudah untuk difahami . 

Dari segi bahasa, perkataan usrah (bahasa Arab) bermaksud keluarga. Kamus Dewan Edisi Ketiga pula menyatakan, usrah ialah perkumpulan yang melibatkan kegiatan agama seperti perbincangan tentang sesuatu tajuk agama dan sebagainya.Dari segi istilah, usrah ialah ikatan perpaduan yang dibina atas dasar iman dan Islam dengan berusaha tolong-menolong sesama sendiri untuk memahami dan menghayati Islam; berusaha mempertingkatkan ilmu dan amal, dan menghindari maksiat dan permusuhan berdasarkan firman Allah (maksudnya): 
“Bertolong-tolonganlah kamu berbuat kebaikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan berbuat dosa dan aniaya dan takutlah kepada Allah.” [Al-Maidah, 5:2]
So , dah tahu kan maksud usrah ? Bagus-3 :D Berbalik pada cerita yang ana nak cerita tadi . Usrah pagi tadi memang bestlah . Pagi tadi usrah tak macam usrah biasa, lagipun usrah ana dah habis belajar semua tajuk . Pagi tadi semua muslimat pergi ke dewan untuk muhasabah usrah . Serius memang tak tahu langsung yang ada program muhasabah usrah ni . Muhasabah usrah tu ape ? Muhasabah usrah tu aktiviti yang mana adik-adik usrah kena pergi depan dan luahkan apa yang diorang nak luahkan . Lepas adik-adik usrah dah luahkan , akak-akak naqibah dan murabbi (kalau x silaplah xD) kena luahkan dan bagi kesimpulan . 

For adik-adik usrah , kak Raz dengan kak Mardhiah yang pergi , diorang dua-2 cerita pasal sahabat . Memang time akak dua org ni cerita aku rasa macam sebak sikit sebab aku macam terasa sikit (taktau kenapa) . And for akak-akak naqibah pulak dari akak form 6 (taktau nama , ngeh-3) . Tapi memang boleh dikatakan yang kebanyakan yang meluahkan tu berkenaan dengan sahabat . Aku kalau sentuh pasal sahabat ni memang automatik akan terfikir pasal kawan-2 lama aku lah ;_; Mata aku memang dah berair , aku tengok kawan-2 usrah aku , diorang macam selamba je , aku sorang je macam beriya sangat smpai mata berair so aku cepat-cepat lap air mata aku supaya tak jatuh hihihuhuhohohehaha . Bila dengar mereka yang pergi meluahkan ni , dengan suara yang macam mendayu-2 (suara org tengah nangis , ha camtulah . tak tahu nak explain camne) memang tak feelinglah aku dekat situ . Dah nak dekat habis ustazah suruh buat salam semut (salam yang cium kiri kanan kiri tuuu) dengan kawan-kawan usrah . 

Aku pun buat , lepas dah buat salam semut tu aku duduk kat hujung  dewan (akak usrah aku dah sibuk dengan kawan usrah aku yang lain) . Aku cuba tahan takmau nangis tapi aku gagal . Aku nangis sorang-2 . Time tu aku rasa rindu sangat dekat ainin , aku nak peluk dia dan nangis dekat dia , kalau boleh aku nak dia ada dekat depan mata aku time tu dan pujuk aku . Dia faham perasaan aku cuma aku je yang tak faham perasaan dia , time tu aku rasa macam tak layak sangat jadi kawan dia , aku rasa macam aku jahat sangat dengan dia (taktahu kenapa aku rasa macamtu T,T) aku nak sangat dia time tu . Tapi aku keep cool sorang-2 dekat situ sebab aku taknak kawan usrah aku nampak aku nangis so aku laplah air mata aku kat tudung . Tak lama lepas tu ustazah pun bagi keluar dari dewan , Alhamdulillah . Aku belajar yang kita kena sayang dan hargai kawan kita . Tapi jangan sampai kawan tu pijak kita nanti kita yang rugi . So kita nak jaga hati orang boleh tapi pastikan hati kita tu jaga jugak . Jadi pada ainin , kalau kau baca lah blog aku ni , aku just nak kata ana uhibbuki fillah (saya sayang kamu kerana Allah , InsyaAllah) :D Pada sahabat-2 yang lain juga kalau korang baca blog ni (tak kesah la budak SKHB ke SAMT ke ) aku minta maaf sangat-2 kalau ada sakitkan hati korang . Ana uhibbuki fillah untuk korang semua dan juga pembaca yang berblogwalking dekat blog ni (jetjet macam ada xD) uhibbuki fillah untuk korang semua ^^ Assalamualaikum ;) panjang entry harini hehehehehe



p/s: Yay , harini nak balik kampung , doakan agar perjalanan aku selamat tauuuuu . Syukran :)